Monday, December 28, 2009

Aku pun pernah juga...bukan kau sorang...

Aku pun pernah cintai seseorang..sgt2… aku juga pasang impian dgn dia… tersangat indah…
Aku lakukan apa saja untuk dia….betapa dia menyakiti aku, aku biarkan saja kerna aku tahu dia amat sayangkan aku…

Tapi aku tak sangka, dia sanggup menipu,
dia menduakan aku… tapi dia tak pernah mengaku sehinggalah kami bertemu lagi….

Aku sangka dia masih menunggu aku.. aku mula memasang impian…dia menaburkan janji pada mulanya…tapi …hati aku hancur apabila dia beritahu hatinya telah dimiliki…aku cuba untuk pergi..tidak mahu mengharap lagi….

Di saat aku mula untuk mengecapi bahagia… dia datang kembali….menagih simpati… aku akui aku lemah…dia memberikan aku harapan….dia menaburkan janji….selepas itu aku sering kali terjaga dari mimpi dan cuba untuk pergi…tetapi dia sentiasa mencari aku kembali….katanya dia tak boleh hidup tanpa aku…dia perlukan aku…di mana pun dia berada..dia mahu aku dekat dengannya…orang sekeliling sering menyangka kami masih bersama…memang ia sesuatu yang manis bagi kami…tapi sampai bila?

Suatu hari…dia membuat keputusan untuk pergi….aku tidak menghalang….sedikit pun tidak terniat untuk menghalang…dia pergi tanpa berita…kemudian dia membuat keputusan yang membuat aku sedar dia tak akan kembali lagi….hati aku amat hancur..tersangat-sangat hancur…aku mengambil masa yang lama untuk keluar dari kehancuran..aku cuba bina hidup aku..bina hati aku…seringkali aku dengar dia masih merisik khabar aku..aku cuba kuatkan hati…untuk apa lagi mencari aku? Untuk sakiti aku lagi?

Dan kemudian…setelah sekian lama….dia kembali dengan cara yang lain…untuk menyatakan apa sebenarnya yang terjadi….walau besar mana pun cinta dan sayang yang dia ucapkan pada aku…walau besarnya pengorbanannya untuk membela diri…sedikit pun aku tak peduli….mengapa sekarang? di saat aku memang tak perlukan dia lagi? adakah dengan meluahkan rasa hati akan mengamankan hubungan dia dan orang yang kononnya memiliki hatinya? mengapa mahu libatkan aku lagi? mampukah dia menipu selama-lamanya? mampukah selama-lamanya dia menyatakan tiada cinta, tiada perasaan, tiada rindu selama ini?

Aku mengaku..aku masih cinta…aku masih rindu..tapi perasaan itu aku telah buang jauh….sejauh mana sehingga aku sanggup tidak mempedulikan rayuan kemaafan dari dia..sudahlah..aku berharap dia tidak lagi merisik khabar tentang aku..tidak lagi menghantar sms yang panjang berjela-jela..menelefon berkali-kali..atau mencari aku lagi…aku mahu dia faham…hati aku sangat sakit, hati aku sangat hancur sehingga perasaan belas kasihan aku pada dia langsung tidak wujud….dia memang bukan malaikat..dia tidak layak diagungkan…orang yang suka bermain hati memang tidak layak memiliki cinta… sila pergi….


3 comments:

  1. sabar..sabar..sabar dear...utk org yg dimaksudkan...GO AWAY!...xpayah berbelit-belit...hatinya dh hancur..jgn bebankan dia dgn perangai kamu yg menyusahkan!

    ReplyDelete
  2. speechless.tak tao nk ckp pe.all these things aku da prnh lalui.mmberi peluang, lagi dan lagi.tapi at last takde ape yang dpt buat aku happy.

    cukup sudah.mari bina masa depan.kuatkan hati.moga ade yg lagi baik dari hari semalam.

    love u adij =)

    ReplyDelete
  3. thanks wunny n miah...sayang korang...

    ReplyDelete