Monday, August 22, 2011

Owh My Hour-Glass Body :D


Wah sekarang ni sejak sibuk membuat kerja seperti accountant and admin (keje yang xmsuk dalam jobscope!!!!)...asyik duduk aje...maka my hour-glass figure (owh perasan) telah hampir menjadi seperti...eh belum lg tong drum ok...masih hour-tapi hour glass yang besarrr...hahahhaha...

My colleagues and I tengah betting sapa yang paling banyak boleh kurangkan berat badan within 1 month. So tinggal lagi 4 hari je due date. But rasenye baru turun 1-2kg je..haha...puasa-puasa jugak. Makan-makan jugak. Rasenya makan tu lebih dari masa bukan puasa. Mane taknya, dengan excited buat kek, puding, nasi berlauk-lauk..n sebagainya. Bangun sahur makan nasi, lepas makan tido...bukak puasa nasi lagi. Time lauk sedap dari suku pinggan jadi 2-3 kali suku pinggan. Aduiii...

So, tadi browse2 Yahoo! updates..jumpa satu article bertajuk 9 WAYS TO FLATTEN YOUR BELLY IN ONE WEEK!!! Excited tak terkata punya baca artikel ni. Yahoo! updates ni banyak info pasal beauty, technology, global issue and macam2 lah. So, sempena raya pun lagi seminggu. And memang tngah try untuk flatten my belly yg macam dah ade anak 1-2....and ade plak bju kebaya yang teringin nak dipakai di hari raya...so nak try lah tips2 tu..

So , here I would like to share the tips to flatten your belly sebelum raya!

1. Ce try kurangkan atau replace perasa makanan anda yang menggunakan garam. Adui susahkan?!!..Frozen food pun kalau boleh elakkan (seperti pizza segera). Ini kerana, makanan camtu banyak garam. Mengapa GARAM?!!Sebabnya, garam ni help to retain fluid dalam badan kita. So, kalau berlebihan..tu yang banyak spare tyre tu. Sebab kita ni berat air! So, nak avoid trus memang susah. Sebab makanan kat Malaysia ni memang bergaram. Tawar kan xsedap! So solutionsnye... make sure makanan kite tu jangan kurang sangat garam and jangan lebih garam. Kalau air manis, kira manis2 buah la...

2. Next ialah jauhkan diri dari memakan makanan berkarbohidrat tinggi seperti pasta, nasi and roti and mee and keowteow..and potatoes (Ubi penyebab lemak berlebihan dipunggung dan peha, tak percaya tryla makan banyak2). Nasi memang susah okay sebab tu makanan ruji kita. Nak makan beras kurang kanji, kadang2 tak termampu la nak belikan. Ini kerana, bila kita avoid carbs in our diet, badan kita akan guna carbs extra yang dah lama tersimpan tuuuu dan juga buang excess fluid. So, nak cepat avoid la within one week. Kalau nak maintain, kurangkan la pengambilan karbohidrat seperti yang disyorkan oleh semua Dietitian. Cara2nya, kalau nak makan roti tu, instead of 2 keping, makan sekeping je. My personal suggestion, add protein to your diet to reduce craving for carbs! Makan telur, cheese (low fat), ayam, ikan.

3. Sama macam tips no. 2, kurangkan makanan berkarbohidrat seperti pasta, potatoes, rice and bread. Ini kerana dipercayai, makanan2 ini menghasilkan gas semasa dicerna di dalam usus besar. Gas ni la buat perut buncit!

4. Satu lagi ialah dairy products (milk, yogurt, cheese). Cuba amik yang low-fat version. Ini kerana, ada setengah orang yang lactose intolerance,di mana, lepas makan diorang akan rasa macam berangin, crampled lah cirit lah. Kandungan gula dalam makanan2 ini tidak dapat dicernakan . So, gula berlebihan itu akan diconvert kepada LEMAK!! Begitu juga kepada orang yang lactose tolerance, walaupun ada kelebihan ini, kalau amik dairy products berlebihan (walaupun low-fat, low itu, low ini), memang tak kurus la. Sebab enzim bernama lactose ni tak dapat nak cerna semuaaaanya dalam satu masa...(ada research mengatakan, even makanan tu dilabel low itu, low ini, tapi tak semestinya boleh amik berlebihan sebab sometimes, ramuan tu tak dibuang terus, tapi digantikan dengan ramuan yang lain yang hampir sama, and risiko untuk gemuk lagi tinggi!)

5. Buah-buahan ni bagus untuk kesihatan...tapi tak semua buah boleh tolong kite kempiskan perut. Sila makan buah-buahan seperti berries, citrus, grapes. Ini kerana buah-buahan ini mengandungi gula yang ratio hampir sama dengan fructose and glucose yang senang dicerna. Buah-buahan seperti honeydew, apples, pears mengandungi high fructose! So susahla sikit nak cerna. Boleh juga ambil canned fruits seperti jus asli and small portions of dried fruits like raisins and dried plums.

6. Kurangkan pengambilan HOT SAUCE seperti tobasco (jarang gune), barbeque sauce (jarang jugak) and garlic sauce... Ini kerana makanan berpedas akan stimulate acid di dalam perut dan menyebabkan irritation. So, makan pedas buleh tapi jangan pedas berlebihan or jangan selalu.


7. Avoid juga makanan diet yang kononnya low-carbs, low-calorie and semua low. Sebab kadang2 ia mengandungi gula alkohol yang juga boleh menyebabkan penghasilan gas dalam usus. Maka buncitlah perut.

8. Last sekali...buat aktiviti setiap hari. Jangan dudukkkk aje..jogging ke, window shopping ke.At least berjalan2 la sikit lepas makan. Ade research mengatakan dengan buat aktiviti2 seperti ini, heart rate kita and breathing akan stimulate natural contraction dekat usus. So, ini akan membantu untuk clearkan gas2 yang telah dihasilkan dari proses pencernaan makanan.

Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk artikel tu - 9 ways to flatten your belly in one week

Selamat mengempiskan perut!


2 comments:

  1. ishhh..x dpt mbygkan kaydee dgn perut boonch. x kan kot!!!

    ReplyDelete
  2. Owh...xdela boonch sangat...tp spare tyre tu jelas kelihatan...huahuahuahua

    ReplyDelete