Saturday, February 7, 2009

Honey & Blackpepper Chicken fresh from my kitchen..


Mama dari haritu bising suruh masak ayam yang ayah beli dalam fridge tu...bukan taknak masak...cuma malas sedikit...hehe....finally on dis very boring Sunday, masak jugak ayam tu..hehe....the name should be honey & blackpepper chicken..since they are the major ingredients...the taste???!! erm...I don't know what people think but it's good enough for me (is it because i'm the one who cook it?)....kalau nak cube..silakan...

Bahan-bahannya ialah:

A
Sebiji bawang merah dihiris halus
4 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar madu
3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos barbeque 
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula
lada sulah secukup rasa

B
Beberapa ketul ayam yang dipotong besar seperti gambar di atas

C
2 biji ubi kentang dipotong 4
1 batang lobak merah yang dipotong panjang-panjang

D
1/2 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 sudu besar minyak masak (butter pun boleh)


Cara-caranya ialah:

1. Blend bahan-bahan A bersama
2. Perap ayam & bahan-bahan A yang telah diblend selama 1/2 jam atau lebih
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali (I'm using oven pan)
3. Masukkan bahan-bahan D di dalam kuali, goreng hingga baunya naik
4. Masukkan ayam yang telah diperap (bersama bahan perap) bersama bahan-bahan C 
5. Tutup kuali dan biarkan beberapa minit sehingga ia diyakini masak..hehe....

Untuk sos??!!..'cecah' je ngan sambal belacan..da tentu sedap =p

2 comments:

  1. terima kaseh kerana menyediakan resipi.
    tapi, yang pasti kalo dah teringin sangat aku pegi je giant beli ayam golek..hahahha...

    ReplyDelete
  2. huhu....bek ko simpan resepi...ia mungkin berguna suatu hari kelak..haha

    ReplyDelete