Sedang sibuk bertungkus lumus buat preparation untuk audit beberapa hari yang lepas...panggilan dari seorang yang aku gelar sebagai Kawan (BFF) membuat aku tersengih sendiri (xtunjuk gigi sebab ada kata xcntik kan). Sesuatu perkabaran yang tak disangka. Pada mulanya, aku rasa tak perlu aku terangkan tentang segala-galanya...kerna selama ini aku buat tak tahu aje...tapi aku rasa aku perlu terangkan sedikit supaya 'yang berkenaan' dan 'yang tersebut' tidak lagi membuat spekulasi yang boleh membuatkan hati mereka tidak tenang....
Erm....yang pertama
:Tiada satu pun entry di dalam blog ini ditujukan untuk 'yang berkenaan'. Jujur ni. Kecuali entry kali ni jela...khas buat 'yang berkenaan'....tak perlu nak huraikan untuk siapa...kerna biasala dalam kehidupan ini memang ramai lalat2...semut2..anai2 yang agak mengganggu kehidupan seharian kita...oleh yang demikian, harap maklum...
Erm...yang kedua
:Tak sangka 'yang berkenaan' sampai juga disini (tak sure la 'yang berkenaan' memang betul singgah ke sini dan telah bersangka bahawa ada sesuatu ditujukan untuk 'yang berkenaan'). Atau mungkin juga terdetik di hati yang berkenaan untuk menjernihkan keadaan. Tak apalah...jernih ke keruh ke...
Erm...yang ketiga
:Sesungguhnya, pada mulanya aku mahu menjaga hubungan persahabatan kerna aku dan 'yang tersebut' pernah menjadi kawan baik. Aku dan 'yang tersebut' pernah berbual panjang di ruang chatting dan sms mengenai 'yang berkenaan'. Sesungguhnya, aku seronok mendengar 'yang tersebut' bahagia. Aku terus memberi nasihat dan pandangan supaya 'yang tersebut' menjaga 'yang berkenaan' dengan baik, menerima 'yang berkenaan' seadanya dan jangan ulangi apa yang pernah diperlakukan 'yang tersebut' terhadap aku. (Tiada apa yang berlaku okay...maksud aku pabila yang 'yang tersebut' buat aku sedih). Dan aku juga menyarankan 'yang tersebut' untuk membuang segala memori2 seperti gambar yang masih disimpan supaya 'yang berkenaan' tidak tersalah anggap. Dan ada la lagi yang aku sendiri telah lupa, kerna rasanya tak penting kut dan aku takut cerita lain pula timbul. Yang lepas, biarkan ia berlalu. Tak ada sapa nak kenang pun.
Erm...yang keempat
:'Yang berkenaan' seperti menyangka aku masih mengharapkan 'yang tersebut'. Sudahla...sedikit pun tak terdetik di hati. Tak perlu gusar...
Erm..yang kelima
:Mungkin 'yang berkenaan' dan 'yang tersebut' tidak dapat memahami lawak kasar antara aku dan Kawan2 (BFF). Mungkin 'yang berkenaan' dan 'yang tersebut' terlalu sirius memikirkan hal yang kecik. Percayalah, ia hanya sekadar gurauan. Tak perlulah menikam2 lidah, aku bagi satu 'yang berkenaan' bagi 10. Kan da tunjuk diri sebenar. Semua dah besar kan, fikirlah secara matang. Dan tak perlulah huraikan dengan lebih lanjut, tiada siapa pun yang ambil hati.
Erm..yang keenam
:Yang terang lagi bersuluh (tak perlu hurai..sebab nanti panjang sangat edisi kali ini..kalau faham, baguslah..tak faham tak mengapa)
Erm..yang ketujuh
:Ada sesuatu yang aku dengar mengenai kawan aku yang menjadi mangsa sehingga sampai ke pengetahuan keluarga. Entah dari mulut siapa, entah dari mana. Dengan penuh harapan, sudah2la membawa cerita (Dia dah nak kawin kut). Aku tak tahu ia datang dari mana (Aku tak menuduh 'yang berkenaan'..cuma dengar khabarnya dari pihak 'yang berkenaan'. Harap-harap ia memang benar bukan dari 'yang berkenaan' sebab tak sedap bunyinya).
Erm...yang kelapan
:Mengenai kawan-kawan yang lain.Itu antara 'yang tersebut' dengan mereka. Aku tak pernah menghasut mereka. Dan aku tak tahu apa yang berlaku antara mereka dan 'yang tersebut'. Rasanya tiada siapa yang membuang siapa. Tak perlulah salah anggap. Kalau mahu teruskan persahabatan, muncullah menjabat tangan. Aku dan kawan2 (BFF) ada yang tak pernah bertegur sapa dahulu, tetapi menjadi begitu akrab sekarang. Kerna masing2 menonjol diri untuk meneruskan persahabatan. Jadi, fikirkanlah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Erm...yang kesembilan
:Aku juga ingin memohon maaf (alang2 masih di bulan Syawal) terhadap pihak-pihak yang telah tersalah sangka, tersalah anggap, terasa, tersentak,tersedu, terfikir, ter..ter..ter..Sesungguhnya aku tak menganggu orang yang tak menganggu aku. Dan rasanya.. aku tak pernah menganggu 'yang berkenaan'...
Erm..yang kesepuluh
:"One's first step in wisdom is to question everything - and one's last is to come to terms with everything." - Georg C Lichtenberg
"The beginning of wisdom is found in doubting; by doubting we come to the question, and by seeking we may come upon the truth." - Pierre Abelard
Tak perlu bercerita mengenai perkara lepas atau keaiban orang lain, kerna tiada siapa yang sempurna dimuka bumi ini...
Okaylah....cukuplah setakat itu...banyak lagi perkara yang aku perlu fikirkan (seperti keje yang xpenah habis...ribut dan taufan....kehidupan aku) selain dari prasangka prasangka. Tidak perlu berhujah lagi kerna aku sendiri tak tahu apa motifnya...
NOTES: Okay..end of story...we might not be a good fren if we did start in a good way...but at least there would be no issues...At the first place, I did give in a friendship, but apparently you take it in a wrong way...nvm..it doesn't matter at all...have a good life years ahead...
No comments:
Post a Comment